Monday, September 17, 2012

Seroja~

Assalamualaikum..

1.       Ah, selama seminggu saya mengambil 'cuti sendiri'..Saya ambil peluang seminggu ini untuk meluangkan masa dengan keluarga saya. Terutamanya, mengisi perut ini dengan masakan ibu. Ibu saya baru sampai dari kampung. Sebelum ini, saya adik dan ayah terpaksa isi perut dengan roti sahaja. Petang tadi, saya baru letak barang2 dekat bilik di Seroja..Yup, saya dapat Seroja..Saya lupa nak beritahu. Saya rasa reluctant nak balik sebenarnya. Rasa tak puas nak cuti lagi sebab saya baru sahaja tamat latihan praktikal tepat sehari sebelum pendaftaran kolej. Selama saya praktikal, saya tak rasa macam cuti, kerana saya kerja macam orang lain juga. Alhamdulillah, bos saya, dia orang Cina tapi dia baik dan bagi saya kerja research macam peguam sebenar. Dedahkan saya dengan area2 peguaman seperti conveyancing, intellectual property, litigation, divorce, civil suit dan macam2 lagi. Kesempatan ini mendedahkan saya dengan cabaran-cabaran seorang peguam yang sebenar :D

2.      Jadi, boleh katakan rutin saya sebulan tu, saya tak sempat nak rehat betul2. Saya start kerja pukul 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Balik rumah, saya mandi sembahyang dan terus tidur. Bila waktu sembahyang magrib, sembahyang tido..waktu Isyak, bangkit, sembahyang tido..Kenapa saya banyak tidor? Kerana saya betul2 rasa keletihan mental yang teramat sangat. Selera nak makan pun tiada. Hidanglah KFC, MCD atau Subway, saya tiada selera. Bagaimana hendak gambarkan ya. Ok, begini rutin seharian  saya, oleh kerana saya ditugaskan untuk membantu mencari kes2 yang boleh membantu mereka, saya harus semak sebanyak kes yang mampu. Selagi saya tak jumpa, saya akan cari dan terus mencari di laman web, CLJ atau LexisNexisMalaysia. Saya bermula dari pagi sampai petang, itulah kerja saya..baca baca dan baca. Waktu saya study pun, saya jarang2 baca kes sampai habis. Kali ni saya kuat dan saya boleh baca semua kes2 itu. Saya tak letih. Saya paksa diri saya, kerana saya membawa nama baik ayah saya. Saya juga tak mahu orang Cina fikir orang Melayu tak boleh buat kerja. Saya tunjukkan semangat dan keinginan untuk menang. Tapi bila saya balik rumah..BOOM! katil sahaja yang saya nampak.

3.      Seperti yang anda sedari. Bahasa yang saya gunakan dalam blog ini juga sudah berubah. Ini adalah kesan sampingan dari banyak pembacaan dan pendedahan di firma tempat saya bekerja. Kami hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Melayu sahaja. Ada tiga lawyer Cina disitu, mereka semua gunakan bahasa melayu baku kadangkala kerana mereka ingin berlatih manakala saya cuba bercakap dalam bahasa Inggeris untuk berlatih. Jadi dalam sebulan ini, otak saya sudah dilatih dengan pencakapan yang formal dan bahasa untuk menulis surat2 juga formal.

4.      Walaupun hanya sebulan, saya rasa seperti setahun saya kerja disitu. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana melakukan praktikal saya di firma guaman. Barulah saya tahu keperitan alam pekerjaaan. Jika anda tidak dapat tahan dengan hidup belajar, jangan harap anda dapat tahan hidup bekerja nanti. Semua yang kita belajar, semua pakai. Jadi, jika firma guaman ialah destinasi anda selepas ini, kita mesti bersiap sedia dari sekarang. Ini kerana, bos kita akan expect kita untuk tahu semua. Bos mahu kita sanggup berkorban, rajin dan kuat berusaha. Berbeza dengan belajar, waktu bekerja, anda tiada masa rehat kecuali waktu lunch. Memang perit, tapi bila saya berjaya membantu mereka, saya rasa gembira untuk terus bekerja. Secara ringkasnya, pengalaman bekerja ini membuatkan saya lebih tough dan lebih bersemangat untuk sambung belajar. Ini kerana saya gembira apa yang saya belajar, saya boleh gunakannya. Terutama apabila saya boleh menjawab persoalan yang dilontarkan tanpa rujukan. :)

5.      Berbeza dengan alam belajar, bila anda bekerja, anda tidak perlu risau untuk mengingat kes kerana anda didedahkan dengan buku2 dan Internet. Jika anda pelajar, ingatan anda yang akan membantu anda untuk menjawab peperiksaan. Manakala, bila bekerja, personaliti anda yang akan menjadi taruhan. Bukan semua orang boleh jadi peguam. Ini kerana, untuk menjadi peguam yang berjaya, anda harus rajin untuk  bekerja. Kadangkala anda tidak cukup tidur sehingga beberapa hari demi mencari penyelesaian. Persediaan yang rapi amat penting untuk memenangi kes. Persediaan ini memerlukan disiplin yang kuat dan semangat yang kental. Ini termasuklah berhadapan dengan client yang bermacam ragamnya. Ada satu kali sewaktu saya bekerja, saya boleh mendengar suara yang menengking dan mencarut dengan kuat. Dia beremosi kerana dia mahu menang. Dia mahu redeem balik wang yang di-fraud kan. Tergamam saya mendengarnya. Macam halilintar, bergegar hati saya kerana walaupun status dia ialah VIP, tapi dia pun boleh emosional macam itu. Saya tak salahkan dia, kerana duit dia rugi banyak sehingga berjuta-juta. Kalau saya di tempat dia pun, saya pun marah juga. Jika anda peguam, anda terpaksa tahan lah dengan karenah-karenah ini. :)

6.       Sekarang, saya menghuni bilik 8 orang. Saya gembira dapat peluang untuk duduk di Seroja pula. Sebelum ini, saya sudah merasa pengalaman duduk di Mawar, Seksyen 7, Kenanga, dan Teratai. Seronok dapat berjumpa dengan orang2 baru. Roommates saya semua budak Art. Satu perkara yang saya perasan, budak Art ni orang yang peramah dan baik2 belaka. Sejak saya di Asasi lagi, saya pernah duduk dengan budak Art. Mereka orang yang baik, peramah dan mengambil berat. Saya baru beberapa jam duduk dengan mereka, saya sudah rasa selesa. Bersyukur ke-hadrat Allah SWT,  kerana saya mempunyai tempat untuk tidur dan kawan2 yang baik di bilik yang sama. 8 orang, 8 lah ragamnya. Saya menantikan pengalaman yang mematangkan saya. Semoga perjalanan saya dalam menuntut ilmu di semester ini akan membuahkan hasil yang lumayan. Saya tak sabar nak graduate, praktis LLB dan cepat2 kerja :D

Insya Allah~~

No comments:

Post a Comment