Saturday, November 17, 2012

Istiqamah dalam bertaqwa

Assalamualaikum wbt,

1.Saya sebenarnya suka mendengar dan menonton ceramah agama..tapi hanya melalui laptop sahaja..Untuk bersiap sedia dan pergi ke masjid berdekatan Seroja mahupoun di Seroja sendiri, saya dengan jujurnya kurang berminat..

2.Bukan kerana apa, saya hanya suka mendengar syarahan agama yang boleh membantu saya. Jika di laptop, saya boleh memilih topik2 syarahan yang menarik perhatian saya, jadi saya akan lebih tekun untuk mendengarnya berbanding dengan syarahan di luar sana yang kebanyakkan nya lebih ke arah menjauhi budaya couple, tgjawab dalam perkahwinan dan sebagainya..

3.Saya lebih suka mendengar topik yang dapat meningkatkan iman saya..dapat menghilangkan duka saya..dapat membersihkan jiwa saya yang kotor ini..Saya tahu saya terkesan dengan inti syarahan itu jika saya menarik nafas dalam2 dan menunduk malu mengenangkan dosa2 saya selama ini..Saya tahu saya terkesan apabila saya terus berubah mengikis sikap2 yang tidak baik serta merta walaupun tidak selama-lamanya.

4.Sebab itulah, saya harus konsisten dan istiqamah untuk mendalami ilmu agama. Saya mendengar syarahan2 agama adalah supaya saya terus mengetahui ilmu2 agama yang saya tidak tahu sebelum ini..Ilmu2 agama ini mengajar saya bagaimana untuk melihat masalah dan beban kehidupan dari kaca mata iman.

5. Saya selalu beranggapan bahawa selagi saya tidak berbuat dosa, selagi itu saya tidak apa jika saya malas mencari ilmu baru, malas untuk mengerjakan ibadah2 sunat..

6. Anggapan saya sudah tentunya salah apabila saya disedarkan melalui syarahan agama oleh Mufti Menk dalam Syarahan agamanya, "Are we losing focus?"

7. Rupa2nya, tanggungjawab kita bukan terhenti setakat menjauhi dosa sahaja, tetapi kita juga bertanggungjawab untuk membuat keuntungan kepada diri kita sendiri. Iaitu, dengan menambahkan bekalan pahala kita melalui pembacaan ilmu2, ibadah2 sunat dan mendengar ceramah agama, atau apa sahaja yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

8. Konsep ini saya lihat serupa dengan konsep yang diamalkan oleh Trust Law. Dalam konsep ini, trustee yang diberikan kepercayaan untuk melabur, bukan sahaja perlu mengelakkan diri daripada melabur ke dalam perniagaan atau saham yang merugikan atau berbahaya, tetapi juga harus berusaha untuk meningkatkan keuntungan harta Trust tersebut.

9. Pelajaran dari konsep ini membuatkan saya berfikir...berfikir bahawa kita harus mencorakkan fikiran kita seperti seorang usahawan ( bussinessman/women)..Jika duit adalah tujuan kita, maka kita harus berusaha untuk mengelakkan kerugian dan menambahkan keuntungan. Begitu juga di dalam Islam, jika Syurga itu adalah tujuan kita, maka kita harus berusaha mengelakkan dosa dan menambahkan pahala.

10. Hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini bukan sahaja untuk menyempurnakan hak2 yang wajib tetapi juga untuk terus berusaha secara konsisten dan istiqamah menambahkan ilmu2 dan amalan2 kita.

11. Ilmu itu amat penting, di mana ilmu2 fardu kifayah adalah untuk menampung kehidupan kita di dunia ini dan dari situ juga merupakan satu cara dan cabang untuk membantu manusia2 yang lain. Contohnya, ilmu perubatan, kita mampu memperolehi duit yang banyak dan tidak lupa juga pahala yang banyak jika kita berniat ikhlas untuk merawat pesakit2 kita.

12. Sedangkan Ilmu2 fardu Ain pula adalah lebih penting dan berat lagi dari Ilmu2 dunia. Kerana dengan pendedahan dan kesedaran dengan ilmu agama, kita dapat lebih kyusyuk di dalam solat, lebih fokus membaca Al-Qur'an dan tahu bagaimana untuk melindungi diri kita dari terjahan nafsu dan hasutan2 syaitan, iblis dan jin seharian....malah gangguan mereka juga.

13. Kita harus sedar bahawa musuh nyata dan utama kita, ialah syaitan yang di rejam tidak tidur dan tidak letih untuk menyesatkan kita. Sewaktu kita rehat, dia masih cuba menarik2 kita keluar dari jalan iman, sikit demi sedikit syaitan tanpa putus asa, menghembus dan membisikkan cara2 yang boleh menjauhi kita dari  Allah SWT dan menggelapkan hati kita dari cahaya keimanan.

14. Oleh kerana itu, kita juga harus tidak berputus asa untuk menguatkan akidah kita. Kita mesti berusaha setiap masa untuk memperbaiki amalan2 dan benteng iman kita daripada ditembusi syaitan. Cara yang terbaik ialah dengan merajinkan diri kita mendengar ceramah agama. Insya Allah, dari situlah Allah memberikan kita kekuatan, keazaman dan berkat untuk rajin dan fokus mendekatkan diri kita kepada-Nya.

15. Akhir kata, marilah kita sama2 menjadi Muslimin dan Muslimat yang produktif menambahkan ilmu agama kita ya!

#Terusbukayoutubedandownloadceramah2agamabanyak2..hehe