Sunday, July 19, 2009

Peristiwa Israk dan Mikraj.

Hari ni cuti sempena peristiwa Israk dan Mikraj..korang ingat x lagi peristiwa2 yg dilalui oleh Nabi sewaktu perjalanan ni?? Menginsafkan dan mengerunkan..kalau lupa, rajin2kan la membaca post yg panjang nih..jgn malas..dapat pahala..Hani tau korang lebih minat dgr ulasan movie2 cintan ape semua..tapi, renunglah sekejap article ni buat menyuci jiwa sempena hari yg mulia ini..

1. Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). .

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

24. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

note: kredit to miss blog nih..I took this article from her blog..lawat2 la blog dia.. http://lrs-manusia.blogspot.com/2009/07/peristiwa-israk-dan-mikraj.html

Saturday, July 18, 2009

Take break~

Salam..Kenapa tetiba Hani xde mood nak belog..mungkinkah muet sbbnya? rasa mcm kureng..hmm..nak mmbebel aper jer kat sni? I dont know lar..any ideas?
Adakah Hani patut:
1. Menceritakan kisah Hani bertemu hantu..ye..betul..xtipu..original..waktu kecik la of course..xde la kecik sgt..waktu darjah satu..tapi, nnti seram sgt..fiza, adila n alia sure xnak baca..hehe..

2. Kisah cinta..owh..sensasi sgt..xbole2..

3. erm, sekola Hani? bosan ker? xpe la..

4. gosip? ala tu min pandai lar..

ape nih..satu pun xleh pakai.._- -" kalau mcmtu kt berehat lar..ambik cuti sendiri..bila ada idea bru tulis..ok x? ke x ok? (ape kena ngan hani ni??)

Monday, July 13, 2009

La Tahzan My Frens

Entry kali ni amat menyedihkan hatiku..
pabila melihat kwan2 ku gagal menyambung law..
hati ku rasa pedih meddengar kwan2 ku menangis xhenti2 sampai air mata kering xkeluar lagi..
melihat reaksi kecewa di muka mereka..
namun, mereka cuba mencari kekuatan utk menelan kenyataan yg pahit ini..
aku sedar usaha mereka...
aku sebagai kwan...
turut sedih sama krn kt tiada jodoh lagi bersua muka..
Mungkin tidak dapat lagi mendgr ketawa manis dan ceria mu..
mendengar bebelan dan merepek mu..
hidupku xakan sama lagi..
tidak tahu nak ckp apa supaya hati mu berseri kembali..bersemangat menyala...
Hanya diri mu sahaja yg dapat memujuk krn kamu kenal dirimu lebih dari org lain..
LA TAHZAN..jgn besedih kwan ku..
kerana esok tetap ada..
rezeki sudah tuhan tentukan..
ambik la peluang ini utk muhasabah diri..
dengan cara ini kt akan jadi kuat..
kerana tuhan suka hambanya yg kuat..xlemah..tidak berputus asa..
mungkin ada persoalan2 yg x terjawab..maka aku sertakan risalah ini buat pedoman..

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-
Surah Yusuf ayat 12


Insya Allah..kt usaha lagi ok..jgn kerana muet..kt berhenti berusaha..Chayok3!!! Fighting!!!


Thursday, July 9, 2009

Celeb burthday PART 2..

ops sori..lambat postkan..hehe..internet xlaju la( cari alasan..hehe)..ok..kat mana bhenti? jap eh(sroll kat bwah..) owh..part safwan suprise ker x tu kan..ok..jom tgk gmbar dia..






finale touch up dulu..


cepat2..berlari diorg smpai blur gmbar nih..


bole lak tgh lari2 tuh mcm marathon..ktorg duduk kat tgh2 jalan..blkg keter..semua mcm pandang( ok..malunyer..hani duk jauh2 skit..hehe tipu)..
semua sibuk psang lilin yg masih xdapat dipasangkan(angin kuat) mcm kelakar jer buat benda tuh..terus tarik anne kt snap..

dari jauh..kelakar cara awok(sabrina) try elakkan safwan dari pandang blkg..adey..



Jangan Pandang Belakang!!!

Cis..pandang jgak..- -"

happy lah tuh..tgk terus tercacak rambut dia..

award for best couple in Merbok..(bangga x??)

kenangan yang terindah~*safwan tangan2..jaga skit..anak dara org tuh....*

rasmi kan kek..i suap u..u suapkan i gitu..

Pastu, kitaorg pun pegi makan..sambil bwak kek..semua pandang mcm jakun..rasa mcm selebriti puna ader..hehe..

Bagi senyuman puas btul safwan(gurls jgn melting k..dia dah berpunya..xder harapan..carik lain..hehe)..sabrina..U tgk maner tuh?



peace~


trio ni pikir nak makan punyer lar lama..pastu order kat akak yg mengandung tu pun lama..kesian akak..hihi..

huyoo, dapat tgkap gmbar safwan kenyit mata..

tu dia..bercahaya pipi ezza..bole jadi cermin..

seriousnyer min..lek la min..buh air je pun..bukan susah..hehe..

ceh..beralun rambut anne..xheran lah*jeles* hehe..
theme yg xdirancang..black..

Ahh~leganyer abis pun upload gambar..punyer la payah I tell U..asyik silap terdelete..pastu kena re upload blik..byk kali plak tuh..geram tul..hehe..tapi nasib baik siap..waktu blik ari tu agak scary..hafiz bwak ktorg msuk jalan gelap.. semua start baca doa..rupanya jalan silap..nasib baik bru separuh jalan..smpit kot jalan tu..waktu pejalanan tu jgak noja n elina berbual merapu2..hani pun dengar sampai tetido..bila antar keter kat semarak..mereka bagi buah rambutan n manggis free..eh pkcik tau ker ktorg sambut burthday..hadiah ker nih? xkisah..bole jer..nyum3..(hehe..xmakan pun sbb xpandai makan rambutan..so, kasi anne..)..habis jer tulis..terus ZZZzzzz (tido..bkan zharif..)

The End...

Tuesday, July 7, 2009

Ok..Timeline of a suprise burthday party Part 1

Hai everyone..sure ramai tunggu gambar2 kt di Tanjung Dawai tu kan? hehe..dah abis forum..boleh la Hani tarik nafas lega..skang bru besemangat utk citerkan pengalaman meraikan harijadi kapel yg comey n lovely ni..

Orite, after klas Sir Wong, Hani di ajak utk sama2 raikan harijadi safwan..mereka kata nak wat suprise kat dia..idea sabrina(girlfren)..mula2 rasa mcm malas..sbb Hani jenis malas berjalan..mungkin pengalaman asyik mabuk dan pening sampai muntah2 menyebabkan Hani agak cuak nak rasa lagi..memang rasa terseksa..tapi...sebab ni kan last sem kat sini..safwan pulak classmate Hani..pastu, kalau Hani nak sambut birthday bf (berangan...) sure nak ramai org raikan..yela, baru la rasa dihargai dan meriah..byk sangat faktor menyokong..So, pegi je ah..Lagi pun tertanya2 gak macamna la rupa pantai Tanjung Dawai tu ek? *I know sure korang terkejut ade gak bdak xpenah jejak kaki kat situ...* Nway, after smbhyg asar, kami bergerak la...The Journey to The Tanjung Dawai Begins...(Bkan the journey to the centre of the earth k..mati kena mkn dinosor)

min kata..ktorg kuar awal dulu nak pi beli kek kat tesco..safwan n sabrina kuar kjap lagi..so, ktorg kena kuar awl..xleh bagi safwan nmpak..hnpon min dah jadi mcm walkie-talkie dah..asyik msg n call sabrina..haha..Oh, min citer kat hani dia wat2 xingat hari ni harijadi safwan.."eh,safwan, ari ni ari jadi ko ker?"..safwan jwab yes..pastu min terus blah ckp ngan org lain..kiranya wat mcm xkisah la kononnyer..safwan mesti bengang kan? eh, ckp psal bengang..hani lagi pandai buat org bengang..waktu suprise party utk yan..hehe..ingat lagi x kwan2?? mcm seronok jer nak citer pengalaman tuh..nnti wat entry baru lah..^_^

eh elina lar..awat blur gmbar nih..xpe msuk blog jgak..hehe..
hehe..teruk ar ktorg nih..lum ape2 lagi dah sakan bgambar..jalan skit..snap..dua tiga langkah..snap..mcm xpenah bgmbar..hihi..

ala2 yan n tini..besty nih..

xsabar2 ni..tiga bdak kat depan tuh..

eh, xsangka sy tinggi lagi dari min..hehe..*iklan Colgate by Min..putih berseri gigi ku~*

min excited sgt eh??

alamak xde keter la plak..kena tunggu Anne pi ambik keter kat Semarak..haha..lwak la..knpe Hafiz nak belok jauh sgt?? pelik bebenor..sementara menunggu..elina ada kesukaran utk membalas msg org kesygannyer..haha..bole plak kan..
'eh, hani..awk ada idea x? sy dah kirim salam awk,tini,yan,min.(byk tul) kat dia..pastu dia blas..wah, byknyer, lebih dari 2 org..pastu,sy nak jwab aper?' tanya elina..lebih kurang mcmni la..adey..kami pun xtau mcmana nk bantu..ang pikir la sendiri..











sempat posing ckit..ala2 elina merajuk..dia pun nak jgak..haha..xleh blah la muka elina!!!


















Ok..waktu punya la lama gler..ceh, xde la lama sgt..bru la keter hafiz n anne smpai..Tapi..Adey!! Safwan n Sabrina dah kuar ar..Tidak!!!! ktorg gler terkantoi kot...mane xnyer..rmai2 kat luar tuh..mcm bleh agak jer..
"Ni mesti nak celebrate birthday aku la ni..patut la gf ku semacam jer ari ni" safwan pikir mcmni x? hehe...

Pastu ktorg kalang kabut..alamak..nak buat mcmana nih?? semua pakat bertempiaran lari..nasib baik xde keter..ktorg pun jalan laju2 pegi kedai kat dpn nih..konon lagi mcm nak makan kat situ lar...Hani tau kalau duk kat kedai org mane leh xpesan ape2 tul x? sbb tu hani berdiri jer sambil melihat safwan n sabrina..she's trying to cover the act..kat opposite jalan..pastu bila hani pusing belakang..ouih!! elina...noja...knpe korang duduk??? ehm..udah..diorg bole lak tersengeh2 busok kat hani...tgk mkcik dah tanya nak order ape..elina..noja..ape korang buat nih? pretend je la..bkan mkn betul..haiyo..past, keter anne belok n smpai kat dpn kedai..hani pun msuk keter..anne tanya.."eh, diorg buat ape tu? cepat la msuk? xde masa ni.." hani kata diorg dah duduk..tepaksa order..min dah ketawa dah...nasib baik mrk berotak hanya order air jer..tu pun punyer la lama mkcik tu siapkan..bkannyer ader rmai org pun..ambik masa 15 minit..kmdn, bila semua dah naik keter kan..elina merungut.."harga air ni mahal lar, kalau air milo panas,seringgit..tapi milo ais RM1.70..so, ais dia harga 70 sen eh?"haha..mcm kelakar gler keadaan kantoi ktorg..


Isi minyak dulu...



















Elina xabis2 main ngan ais dia..mcm budak2 kecik..serious..dia ambik ais tuh..bailing kat hani la..kat min..kat noja..anne our driver pun kena..tgk gmbr nih..ish, nakalnyer anak betuah ni..letak ais kat tmpat duduk min waktu dia kat luar tu..bila min msuk..hahahahha..."argh..sejuk..~" jerit min..hani, noja n elina ketawa2..xbaik ketawa tau..tapi nak wat camne..kelakar la..

*eeii, muka jahat tul bdak ni..*




ape ni?? haha..kalau korang nak tau..ni la rupa noja mengeliat waktu elina letak ais dalam baju dia..(sambil gelak2 hani menulis ni bila teringat part ni..)

adoi..elina2..ketawa dia mcm ketawa org puas ati..mcm ketawa bdak2 comey yg nakal..first time dengar dia ketawa mcm tu..memang cute la( elina yg baca nih..jgn kembang hidung..) tapi, tgk min n anne mcm xheran dah ngan perangai bdak ni..relax jer..padahal, noja dah mengerang.."sejuk..sejuk..sejuk la ina..~" haha..mesti diorg dah lali..pastu, min kata mcm mak la kan.."Ina, dah la tu..jgn kacau noja..ina..ina.." hani tgk dari tepi je..(of course sambil ketawa lar,bkan xnak tolong..tapi,xtau mcmana..) anne pun dah msuk campur..mungkin kesian dengar rayuan noja xhenti2..
elina plak ketawa lagi..amboi, seronoknya dia tgk org mengerang..suke betul..ketawa xhenti2..pastu, dia try nak msuk kan ais lagi kat dlm baju noja..ish..memang nakal nih..

hehe..pastu bila dia bagi ktorg ais kan..(xtau nak wat pe.nak mkn xleh..dia pegang guna tgn kiri dia dah..) so, noja n hani berpandangan..eye contact di establish kan..sambil wat muka jahat..hihi...Serang Elina!!!!! noja cuba guna seluruh kekuatan msuk kan ais tu dalam bju elina..kuat betul elina..hani dtg membantu..betahan noja....hani geletak dia kuat2..haha..akhirnya ais berjaya msuk..yes! mission accomplish..tapi, dia bleh plak kata "ahhh..sedapnya.." cis~


beli kek coklat...


















kmdn..begerak ke Tnjung Dawai...tapi, nape lama gler nih..Lapar nyer perut hani..dah berbunyi mcm periuk kukus..sambil2 tu min pun make sure plan bejalan lancar..ktorg pikir la dlm keter mcmana nak suprise kan diorg..hasil dari perahan kpala otak noja..ktorg setuju dgn plan dia..Min pun suruh la sabrina bwak safwan ke pantai..cewah..nnti ktorg nak ambush dar blkg..







Rock n Roll babeh!!! noja ajar menari..~~























Gler cantik siut~






















Dah sampai..syukur..hmp..udara segar..kata noja~













cewah..kek ktorg..sedap gler I tell u..nyum2..(gerenti korang terasa nak mamam kan?)


ahh..end of part 1..nanti kan korang tgk mcmana kami suprise diorg in part2..suprise kah diorg? mcm xjer..oo..safwan tahu ea..xpe..nnti kita tgk betul ke x diorg suprise..hehe..

p/s: penat do wat benda alah ni..bangkit kul 3 pagi2 semata2 nak tulis journey nih..skrg dah kul 5.13..ish..xsempat nih..tepaksa wat sekual ke-2..ala..atas tajuk ni jer pun..xlama..malam esk hani wat..

A moment

wah..bestnyer hujan la petang nih..lebat lak tuh..satu keberkatan di tanah gersang dan terik merbuk nih..yea..yea..yea..aman nyer ujan..menenangkan fikiran..udara yg nyaman..jiwa rasa riang dan gembira..hihi..Syukur Alhamdulillah..

Sunday, July 5, 2009

Happy Birthday Safwan n Sabrina!!


Look how sweet they are..awww..

A team consist of min,anne,elina,ezza,tini,yan,hafiz,noja,iz and me had made a surprise party for safwan at Tanjung Dawai with the help of his gf this evening..I've just come back from there n I'm dead tired n sleepy..Once I regain my energy I'm gonna post a story about this with tons of pictures..Really great n fun..Wait for it k..

Friday, July 3, 2009

Kedai Melayu xde kualiti?

Salam to everyone..pagi sabtu ni Hani nk ckp psal kedai milik org melayu..sprt yg korang tahu...ada byk kedai2 melayu di kedah ni..kebanyakannya di negeri2 yg xseberapa maju..di kg2..

Hani bukak tajuk ni bagi korang nilai sendiri..betulkah kedai melayu xde kualiti? Sbb tu xmaju2..duk teperap jer kat kg2, pekan2..tapi xbanyak di KL..Selangor..negeri2 yg paling pesat utk berniaga...


Knpe agak2nya??

Hani rase sedih tgk keadaan melayu kt..kalau korang prihatin tentang hal ini..hani nk dgr jgk pandangan korang..If u have the chance to visit KLCC..u can see lots of chinese store n shops..maybe every store is owned by them..hard to find a shop owned by malay..I've heard that there are malay shops there once but they cant afford to pay the high rent and so they tutup...then, aper lagi..cina la yg ambik.. everytime kalau hani jalan2 dgn ayah kan..ayah akan tanya..
"aper yg kck nmpak kat luar? "

"erk..bangunan..kedai baju..pokok besar..jalan kotor..?" mcm2 jawapan mengarut Hani bagi..semuanya end up with no..penat dah nk jwab..

"Abis tu, aper dia jwpannyer, abah?" rase frust..xpuas ati..

"Tu la kamu xperhati betul2 (adey, xsuker ayat ni)..tgk kat luar tu kedai2 tu milik sape? Milik melayu atau cina? tgk lagi, semua kedai di sini dimiliki oleh org cina..mane melayu? kalau kamu xberusaha kamu pun akan jadi begini..xdapat nak lawan org cina..mereka tu semangat bersatu kuat..mereka tolong sesama sendiri kalau susah..kalau kamu bukak kedai disini..kamu tentu xkan dapat survive.." jawab ayahku

"owh, kenapa kck xleh survive lak?"

"sebab mereka bkan mcm org melayu kalau dengki terus cari jalan nak lingkupkan orang tu..xbukan..mereka guna cara adil dan bijak..caranya mereka xkan tolong kita..kalau kedai sebelah mereka kata la ada problems, kalau tu kedai cina..sesama mereka..mereka tolong..tapi, bila kt susah..mereka diam shje..lama2 kamu akan rugi..sbb org kita pun beli kat kedai cina..mereka lebih tertarik dengan kedai cina..siap cina tu kalau xde barang2 yg kt cari..dia suruh pegi kedai milik cina lain..bkan pegi pada kt..sekarang kamu nmpak x?"


Adus...terasa gler nih..ni la ayah hani..dia selalu teringatkan nasib org melayu..very concern indeed..kalau ade je aper2 yg menimpa pada og melayu..dia akan bgtau ktorg adik-beradik waktu makan malam..ayah kata susah bagi org melayu nak hidup di KL..terutama yg masih beriman..byk sangat dugaan..ramai yg akan cuba menjatuhkan kt..xpuas hati..wpun kt xbuat ape2 pun pada org tu..ayah hani selalu disogok dgn rasuah..lumayan2 tau..bkan ribu..tetapi beribu2..bole tebeliak mata..kalau xde iman..habis la..

Hani pun dah jadi mcm ayah..sbb dah dilatih bertahun2 utk melihat keadaan org melayu..hani jadi alert..kalau boleh hani nak tolong org kt..sebab tu hani xmau lokek berkongsi ilmu dgn rakan2..tapi, malangnya niat hani disalah ertikan..mereka ckp hani berlagak..menunjuk2..mereka pelik knpe hani beria2 nak tlg mereka..smpai mereka xyakin pada hani..sampai pada satu tahap..mereka nasihatkan hani supaya jgn baik sgt..huh? nasihat ker tu? pelik sungguh manusia nih..sepatutnya mereka gembira sbb ada org nak tlg mereka berjaya dapat pointer 3 n above..hani xkata hani ni bgus la sgt..pandai la sgt..tapi kalau hani tahu sesuatu, hani kongsi semua dgn kwan2,skit pun xsimpan..

Hani berpegang kepada prinsip...ilmu itu mesti dikongsi..diajar..jgn disimpan..Tuhan xsuka org yg kedekut ilmu..malah memberkati org yg suka mengajar org2 lain..sehingga mereka berjaya..atau mungkin lebih berjaya dari kt..hani tumpang gembira..

Hmm..ramai yg pandang serong kat kedai melayu..hani turut terasa..kerana hani pun org melayu..tu bangsa hani..yg lebih sadis ialah org melayu kt pun pandang serong pada bangsa sendiri..xsedar mnegatakan pada diri sendri..awk tu bkan cina,india org putih..melayu ok..paham..knpe awk kutuk diri sendiri? hobi awk mengutuk ek? kadang2 nak jer hani ckp mcmni..knpe pandang semacam kat pemuda melayu yg nk kejer ladang? nak jual belacan? hani kagum kat diorg..mereka special sbb pilih kejer yg susah n memenatkan tapi sbb ada azam..mrk nak cuba..silap haribulan...nak jer hani kwin ngan salah sorang..imagine this..

"eh, Hanisa..ko dah kwin ker skrg..wah! besarnya perut..dah brapa bulan nih? tanya si pulan..

"wslm si pulan..lek lu..bagi la salam..hehe,syukur dah masuk 8 bulan dah ni.." jwb ku..

"oh sori2 lupa lak aku..ko kawin ngan saper? ngan si .....(nama dirahsiakan) ker?"

"eh bkan la..ngan org lain..hehe..malu I...ni anak ker 7 tau.."

"wah..dasat lar..eh, suami ko kejer aper ek?"

"suami hani keje biasa2 je..jual belacan..nak beli x?" ambik peluang..

"erk..xpe2...belacan?..(sambil wat muka geli)..owh, yeker..kesian ko..knpe kawin ngan bdak belacan? yg hensem xde ker, yg kaya ker..belacan gak ko pilih.."

"amboi2 ayat xleh blah!!!! meh sini kau..(eh,xpatut..tukar2) Eh, awk nih..xbaik ckap mcmtu..suami sy tu bijak,romantik,penyayang...jual belacan tu kan halal..ape salahnya..yg penting hati dia baik dan alim.."

"ape2 je lah.." (dlm hati si pulan sure tgh kutuk..)

pastu, suami pun smpai dgn keter mercedez benz..driver tu bwak..husband hani duk blkg..

"eh, maaf la..suami dah smpai..hani pegi dulu ye..salam.."

Sure, mata dia tejelepok kat situ..malu xterkata..tu la pandang rendah lagi..

sekian dulu..akhir kata..suppot la brand melayu..**,

p/s: ntah knpe xleh tukar font..tetiba je besar bila kuar..biar je la..sori korang..

Wednesday, July 1, 2009

Lecture law for today's episode!

Hi everybody..just nak komen skit pasal lecture ari ni..xde keje..
*Fuh..hari ni punyer lecture rase '.....' Korang isi mengikut citarase sndiri ek..bagi hani otak dah almost padat n nasib baik xmelimpah kuar kerana maklumat2 yg diberikan..fuh..wow..hmmmph..ok ape lagi..errgh..

* bkannyer aper..cuma xtau knpe blajar psal Tort ni mcm poning skit..ape tu..assault n battery..hah..Hani rase agak pelik la apa yg berlaku pada miss kt pada hari ini..kadang2 dia suke tertawa ngan tetiba jer..aper yg kelakarnya..heran sungguh??

* Bagi elina yg duduk disebelah hani tadi..kami sama2 setuju yg miss nmpak sgt menyeramkan bila dia bagi renungan maut dia..eeii..takutnyer..saper yg lemah semangat tuh tolong jgn pandang yer..bole bwk penyakit unsoundness of mind..kerana smpai skrg bole terbayangkan pandangannyer itu..serious..hani xde selera hari ini sbb kan terpandang muka dia..(bgus gak, leh diet...hehe)kalau wat pertandingan ni sure miss leh kalahkan renungan mata The Rock..


*Tagline dia.."Can U understand?".....semua pun..mcm nak xnak je jwb..berapa byk kali dia tanya da..mungkin miss pun dpt agak yg ktorg sebenarnya dah blurrr tapi mengatakan paham krn '.....' sekali lagi isi sendiri..

* hani ada analisa miss sejak dia first ajar ktorg..dia seorg yg tegas..kdg2 memang agak xreleven gak la tp hani tetap hormat dia..klau tu cara dia ajar..kt kena terima la..tegas tu bgus sebenarnya..cewah...ye2 jer..xde la..miss kan comel..just dia garang sbb ader yg nakal..ala nak manja2 ngan miss..mgkn miss tersalah tafsir kot..so, rmai komplen dia xbest..tp, hani ok jer..no hal..best jer..xde mslh..cewah skali lagi..ok..be serious..I mean kt kan kena hormat guru..dia berikan kt ilmu..kt kena la hargai..adab u know..everything pun must have adab..like i said b4..wpun skang dah moden..tapi, xbermakna kt bole memperlekehkan seorg guru..mulia tau kejer dia..bkan senang saban hari bertemu pelajar pelbagai ragam..ni boleh mendatangkan marah tahu..so, fahami la miss k..nnti xberkat lak ilmu kt..(barangkali ni juga bole juga jadi faktor kejatuhan pointer kt..)

*ok sambung blik..tadi kan..ade peristiwa berlaku..ni meh cek nak chita (ni loghat kedah ye bg sape2 yg xpaham yg bmaksud mari sini sy nak cerita)...waktu part slideshow dia xleh baca sbb ayat warna hitam n background pun hitam..so,ktorg mengalami kesukaran membacanya..sape ntah yg suruh miss tukar color..kecoh lak tu...tapi, mungkin kerana integriti n maruah..miss terus skip sbb marah..hukeleh..hani dah berjaya baca smpai perenggan tengah terus terbantut..adoi..kacau la org2 ni..gentleman please la hormat miss..miss kan dah enlarge ayat2 tu..usaha la skit mbaca..just bcause susah nk baca..bkan xbole baca..be patient la..ok..dia pun ade perasaan kan..
diasak-asak mcm tu..sengal la..(kan dah geram ni..)

*ah..sudey..xmau pikir lagi..tgk muka ktorg yg hapy jer sbelum lecture..

tebeliak mata ina..


noja..min..anne..elina..eh,obama pun ader la..




hafizah..me*tutup mulut xmau nmpak braces..hihi..*