Friday, September 14, 2012

Aku difitnah....

Assalamualaikum wbrt..

Telah lama saya ingin melauhkan apa yang terjadi pada saya baru-baru ini..saya perlukan masa untuk bertenang dan bertenaga semula sebelum menulis kisah yang berlaku pada saya minggu lepas.

Secara ringkasnya, boleh saya katakan saya telah difitnah oleh pegawai kolej bahawa saya tidak membuat kerja. Oleh itu, saya tidak layak untuk mendapat tempat di kolej itu.

Persoalan yang bermain di minda saya ialah mengapa dia sebagai pegawai kolej punya idea seperti itu untuk menidakkan orang kecil seperti saya? Saya bukannya siapa2..Menfitnah saya boleh dapat apa, lainlah kalau saya ini merupakan pelajar yang pernah ada record criminal ke apa.

Bersyukur juga, kerana interference oleh ayah saya, mereka tidak berani nak menolak hak saya, apatah lagi saya kemukan bukti dari ketua blok saya sendiri.

Boleh saya katakan, pegawai perempuan ini sudah kali kedua cuba menunjukkan kuasa kepada pelajar2 dan menindas hak2 pelajar. Ini juga adalah pegawai yang sama pernah saya temui sewaktu mula mendaftar di kolej itu. Dia tidak beri muka langsung kepada kami yang tercicir dari kolej walaupun secara syarat2nya, kami layak. Bila tunjuk sahaja kertas A4 paper yang ditandatangani oleh orang atasan, baru kalam kabut suruh isi nama dan sebagainya. 

Secara amnya, saya boleh katakan mereka menapis pelajar mengikut status dan peranan mereka. Jika anda adalah anak Dato' ataupun punya keputusan cemerlang, mereka sendiri tunduk dan melancarkan proses utk mereka...hudoh benar melihat kepura2an mereka.

Pada saya, saya bukan mahu untuk memburukkan mereka, tetapi mahu menceritakan bahawa sikap seperti ini tidak boleh dibiasakan. Pegawai ini sudah dibasuh cara pemikirannya, sanggup menepis sikap prikemanusiaan dan mengikut arahan membuta tuli. Ini bukan sikap orang yang berhemah apatah lagi sikap orang mukmin.

Peraturan itu direka oleh manusia untuk memudahkan kerja, bukan untuk menyulitkan dan membebankan lagi. Sistem perkhidmatan kolej di Uitm ternyata antara sistem yang kebelakang dan lebih mengutamakan dan mengagungkan peraturan daripada kemashalatan pelajar2 nya.

Apabila mengimbas kembali keadaan waktu itu, saya jadi sangat geram dan ingin melakukan sesuatu. Tapi saya siapa? Saya hanya pelajar biasa. Bapa saya sudah bersara. 

Pengalaman ini sangat tidak enak untuk dikenangkan kembali bila memikirkan sikap mereka kepada saya. Ini membuatkan saya berfikir, berapa banyakkah dosa2 yang telah mereka kutip apabila mereka melakukan perkara2 sperti ini kepada pelajar2 yang lain..Astaqfirullah..saya juga yakin pasti pegawai itu tidak suka jika anak2nya nanti diperlakukan perkara yang serupa...

Namun begitu, setiap kepahitan itu pasti ada hikmah dan khasiatnya..

Antara pengajaran yang boleh saya ringkaskan ialah:

             1. Manusia zaman sekarang amat memandang dan memuliakan orang2 yang ada pangkat dan status. Depan mereka tertibnya manis, tapi dengan orang biasa, budi bahasa pun tiada. Ini merupakan perkara yang amat saya kesali dan ingin saya ubah..Kita perlu sentiasa ingat, jika kita yakin Allah itu wujud, kita sembahyang dan puasa, lupakah kita akan balasan2 yang akan kita hadapi di padang Masyar untuk perbuatan kita..terutamanya jika kita menyakiti saudara-saudari se-agama kita.

Mengapa mereka sahaja yang dihormati? Orang yang lebih tua pun harus dihormati, orang yang menuntut ilmu pun harus dihormati.
 2. Fitnah manusia zaman sekarang ialah harta. Mata manusia hanya melihat mereka yang berharta sahaja. pakaian cantik2, kereta mahal2.. 
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:
Sesungguhnya setiap umat ada fitnah, dan fitnah bagi umat aku adalah harta. (hadis Al-Bukhari)


            3. Kepentingan scor DEKAN
Ayah saya memang benar. Zaman sekarang orang tidak pandang kepada pelajar2 yang punya scor biasa2 sahaja. Keputusan mesti cemerlang, baru lah orang tidak berani buat hal dengan kita. Nasib pun terbela. Satu kenyataan yang pahit untuk diterima, tapi inilah hakikatnya hidup di dunia. Oleh itu, saya berazam kali ini untuk berusaha mencantikkan skor akademik saya, tak kesahlah betapa azabnya untuk memgusahakannya. Kerana untuk naik ke "atas", perlukan bukti kita orang pandai. Saya mesti naik ke atas untuk mengubah orang di bawah. Saya punya cita2 yang tinggi, saya mahu jadi SESEORANG. Niat saya untuk berjihad dengan ekonomi. Seperti Saidina Abdul Rahman bin Auf, saya pun mahu jadi macam dia. Kerana saya ingin menolong mengubah mindset orang melayu. Sudahlah kita paling kebelakang dari bangsa Cina dan India, dalam kelompok kita pun, kita mahu menjatuhkan sesama kita. Pelik sungguh..
Sebelum saya menulis post ini, terdapat banyak persoalan2 yang bermain dalam minda saya. Antaranya, apakah tujuan hidup saya? Apakah niat saya ini halal di sisi Allah? apakah yang boleh saya lakukan apabila ditindas oleh manusia? 

Sebenarnya, saya sungguh risau jika saya mempunyai niat yang tak baik. Saya takut kerana kemarahan membuak2 saya kepada sikap pegawai itu, saya pasang niat untuk jadi orang ternama dan mengajar mereka pula. Semua soalan2 ini saya susah nak rungkaikan dan saya berbalik kepada Allah SWT untuk memberikan pencerahan kepada saya apa yang harus saya lakukan sebenarnya? Alhamdulillah, thank you Allah, Allah balas doa saya dengan penemuan video pendek Ustaz Aa Gym yang memberikan jawapan yang tepat sekaligus menutup lubang persoalan2 saya tadi.


Syukur, hati saya tenteram dan happy semula. :)

Kesimpulannya:

Sesungguhnya Islam itu amat indah dan setiap apa yang terjadi kepada kita pasti ada jawapannya bagi orang2 yang beriman dan berusaha mencari keredhaan Allah SWT...



No comments:

Post a Comment