Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa!!
Bila nak pose kali kedua..semua memori2 pose dulu teringat kembali..Hani dulu bukak pose sorang2 waktu pertama kali pose di Uitm merbok nih..rase nak nangis pun ader..semua roommates gi bukak dgn kwan2 mrk..tinggal Hani sorang je kat blik..duk atas lantai..makan..waktu tu nak je blik rumah..telan jgak la rase pahit tuh..tapi, lama2 dah biasa..pastu dah xkisah..
Hani selalu ingat..ala..nnti bila mati sorang2..dok dlam kubur pun sorang2..so, baik biasa kan diri perasan sorang2 waktu kat dunia nih..tu je kata2 inspirasi..hehe..
Jeles xterkata pada kwan2 yg rumah dkat..leh bukak pose ngan famili...tu la dulu dapat UIA, 5 minit je dah sampai umah xmau, skang 5 jam bru leh smpai umah bru nak hargai..haha..
Bila ayah kita menaruh harapan pada kita..kt secara xlangsung seperti mempnyai kekuatan yg kuat utk megharungi cabaran2 sorang..yg pasti bila kt berjaya..kt cuma nak cepat2 bgtau ayah kt n dgr ketawa n muka dia yg happy...ah, tu memang nikmat yg amat Hani hargai..Hadiah yg paling best tuhan boleh bagi..
Hani sebenarnya nak luahkan perasan sedih hani kerana selalu kebetulan sakit pada ari ader lecture..ikutkan..dah seminggu lebih xdatang lecture mmbuatkan hani rindu pada suasana dlm DS..Hani rase rugi yg teramat2..ape yg lecturer ajar xsama dgn baca sendiri..bila kt dgr..kt lebih paham...
Tapi, sakit bkan sakit yg boleh tahan..sakit yg tepaksa direhatkan badan atas katil..Hani pernah melalui situasi yg sama waktu di sem2..waktu lagi teruk..Hani sebenarnya demam..pastu, sbb gagahkan jgak gi lecture n kelas..pastu study lagi utk exam..sakit Hani bertambah parah..demam hani meleret2 sampai batuk xhenti2..
Ingat jgak waktu tu..memang dugaan yg tuhan nak bagi kan..dah la sakit..ex roommate leh lak pasang lagu xingat dunia..I mean org sakit amat sensitif..nak rehat mesti la nak suasana tenang..tapi, dia bukak lagu..aduh..memang sengaja...sikit pun xkasihan kat Hani..rase mcm nak terjun bangunan tgkt 4 tu jgak..hehe..agak2 ar kan..Tapi, skrg best..sy duduk ngan akak DIDE..dia baik..nama dia Akak Firus..bila dia nak dgr lagu..dia sentiasa pkai headphone( hani pun sama k)..pastu, bila hani dah lena tido, dia bkak lampu meja n tutup lampu blik..( I mean nmpak cam lena lar..kalau x camne tahu..)..Aww..sweetkan dia..I love her..
Oh, kalau z ader tema utk setiap sem kan..tema dia best je kan..happy jer..tapi hani x..
For
SEM 1- Lonely
SEM2- Teranaya( Being Bullied Mentally)
SEM3- ???
For sure, Hani dah byk rase pahit waktu sem2..Skang Hani lebih alert sape kwan sape kejam..Mengambil kesempatan diatas kelemahan org lain, memang kejam..xberhati perut..ceh, emo lak skang..ok2..dah lepas tu lepas..Sem ni mcm best je..At the end of the day, I only fit to be independent..
Bulan pose ni..jom kuruskan badan? hehe..chayok3
P/s: sempena bulan mulia nih, baca la byk Al Quran..at least try bukak n baca walaupun satu page..sekurang2nyer..Trust me, hidup anda akan lebih bahagia~
Tuesday, August 4, 2009
Cobaan...
2nd term paper dah cari info..xdapat la nak bukak n print..kena buat blik...cobaan~
Yang malangnyer..rashes di kaki hani dah 4 hari xsembuh3...xla heran sgt..tapi, hari ni gatal di kaki smakin teruk..tu la xambik ubat awal2..kan dah merana..dah la hari ni ade global test..hprak xhafal..tension2 dah bertimbun sampai kat kerongkong...nak bernafas pun susah..cobaan~
tambah sedih..brases hani bru diketatkan..so, seminggu la kena tahan xdapat merasai makanan..nak makan roti gardenia yg lembut tu pun xbole..rasa mcm batu..agak2 nya bila dah tua mcm ni rupanya rasa xde gigi..huhu..bersyukur nya tuhan anugerahkan gigi..nikmat2..
solution? hani baca Al Quran..ah lega..btul2 mujarab...rasa sesak dada hilang perlahan2..I suggest u guys do the same thing everytime tension..
Betul la kata orang..setiap mslh tu ade penyelesaiannyer..kt kena redha n bertawakal pada Allah..resultnya..hari ni..lpas je msg..ayah hani sanggup naik bas 5 jam dtg sni bagi laptop dia..wow, terharunyer..kasih bapa..unbelieveble..I luv u abah!! rashes dah makin sembuh after makan ubat..tapi kena skip global test..hehe..sbb lambat gler service kat Uk tuh..byk btul yg sakit...kul 5 stgh bru la turn hani..imagine that..memang segan pun xambik test..nnti org ingat kiasu plak..tapi, rashes ni dah teruk..nnti imagine dlm ds..hani duk garu2..eeiii..hodoh rupanya..dlm blik..xde sape nmpak..hehe..so, masih sempat bc lagi..pasal term paper lak..call miss aida..dia kata xpe antar ari khamis..ah..semua masalah selesai...syukur pada tuhan..
wat a tough week after holiday...memang cobaan...hehe..moral of the story..jgn lupakan tuhan di waktu senang..maka tuhan xkan lupakan kt diwaktu susah..syukran2..
Sunday, July 19, 2009
Peristiwa Israk dan Mikraj.
1. Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). .
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
24. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
note: kredit to miss blog nih..I took this article from her blog..lawat2 la blog dia.. http://lrs-manusia.blogspot.com/2009/07/peristiwa-israk-dan-mikraj.html
Saturday, July 18, 2009
Take break~
Adakah Hani patut:
1. Menceritakan kisah Hani bertemu hantu..ye..betul..xtipu..original..waktu kecik la of course..xde la kecik sgt..waktu darjah satu..tapi, nnti seram sgt..fiza, adila n alia sure xnak baca..hehe..
2. Kisah cinta..owh..sensasi sgt..xbole2..
3. erm, sekola Hani? bosan ker? xpe la..
4. gosip? ala tu min pandai lar..
ape nih..satu pun xleh pakai.._- -" kalau mcmtu kt berehat lar..ambik cuti sendiri..bila ada idea bru tulis..ok x? ke x ok? (ape kena ngan hani ni??)
Monday, July 13, 2009
La Tahzan My Frens
pabila melihat kwan2 ku gagal menyambung law..
hati ku rasa pedih meddengar kwan2 ku menangis xhenti2 sampai air mata kering xkeluar lagi..
melihat reaksi kecewa di muka mereka..
namun, mereka cuba mencari kekuatan utk menelan kenyataan yg pahit ini..
aku sedar usaha mereka...
aku sebagai kwan...
turut sedih sama krn kt tiada jodoh lagi bersua muka..
Mungkin tidak dapat lagi mendgr ketawa manis dan ceria mu..
mendengar bebelan dan merepek mu..
hidupku xakan sama lagi..
tidak tahu nak ckp apa supaya hati mu berseri kembali..bersemangat menyala...
Hanya diri mu sahaja yg dapat memujuk krn kamu kenal dirimu lebih dari org lain..
LA TAHZAN..jgn besedih kwan ku..
kerana esok tetap ada..
rezeki sudah tuhan tentukan..
ambik la peluang ini utk muhasabah diri..
dengan cara ini kt akan jadi kuat..
kerana tuhan suka hambanya yg kuat..xlemah..tidak berputus asa..
mungkin ada persoalan2 yg x terjawab..maka aku sertakan risalah ini buat pedoman..
KENAPA AKU DIUJI?
-Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12 |
|
Thursday, July 9, 2009
Celeb burthday PART 2..

bole lak tgh lari2 tuh mcm marathon..ktorg duduk kat tgh2 jalan..blkg keter..semua mcm pandang( ok..malunyer..hani duk jauh2 skit..hehe tipu)..
Pastu, kitaorg pun pegi makan..sambil bwak kek..semua pandang mcm jakun..rasa mcm selebriti puna ader..hehe..




The End...
Tuesday, July 7, 2009
Ok..Timeline of a suprise burthday party Part 1
Orite, after klas Sir Wong, Hani di ajak utk sama2 raikan harijadi safwan..mereka kata nak wat suprise kat dia..idea sabrina(girlfren)..mula2 rasa mcm malas..sbb Hani jenis malas berjalan..mungkin pengalaman asyik mabuk dan pening sampai muntah2 menyebabkan Hani agak cuak nak rasa lagi..memang rasa terseksa..tapi...sebab ni kan last sem kat sini..safwan pulak classmate Hani..pastu, kalau Hani nak sambut birthday bf (berangan...) sure nak ramai org raikan..yela, baru la rasa dihargai dan meriah..byk sangat faktor menyokong..So, pegi je ah..Lagi pun tertanya2 gak macamna la rupa pantai Tanjung Dawai tu ek? *I know sure korang terkejut ade gak bdak xpenah jejak kaki kat situ...* Nway, after smbhyg asar, kami bergerak la...The Journey to The Tanjung Dawai Begins...(Bkan the journey to the centre of the earth k..mati kena mkn dinosor)
min kata..ktorg kuar awal dulu nak pi beli kek kat tesco..safwan n sabrina kuar kjap lagi..so, ktorg kena kuar awl..xleh bagi safwan nmpak..hnpon min dah jadi mcm walkie-talkie dah..asyik msg n call sabrina..haha..Oh, min citer kat hani dia wat2 xingat hari ni harijadi safwan.."eh,safwan, ari ni ari jadi ko ker?"..safwan jwab yes..pastu min terus blah ckp ngan org lain..kiranya wat mcm xkisah la kononnyer..safwan mesti bengang kan? eh, ckp psal bengang..hani lagi pandai buat org bengang..waktu suprise party utk yan..hehe..ingat lagi x kwan2?? mcm seronok jer nak citer pengalaman tuh..nnti wat entry baru lah..^_^





'eh, hani..awk ada idea x? sy dah kirim salam awk,tini,yan,min.(byk tul) kat dia..pastu dia blas..wah, byknyer, lebih dari 2 org..pastu,sy nak jwab aper?' tanya elina..lebih kurang mcmni la..adey..kami pun xtau mcmana nk bantu..ang pikir la sendiri..


Ok..waktu punya la lama gler..ceh, xde la lama sgt..bru la keter hafiz n anne smpai..Tapi..Adey!! Safwan n Sabrina dah kuar ar..Tidak!!!! ktorg gler terkantoi kot...mane xnyer..rmai2 kat luar tuh..mcm bleh agak jer..
"Ni mesti nak celebrate birthday aku la ni..patut la gf ku semacam jer ari ni" safwan pikir mcmni x? hehe...
Pastu ktorg kalang kabut..alamak..nak buat mcmana nih?? semua pakat bertempiaran lari..nasib baik xde keter..ktorg pun jalan laju2 pegi kedai kat dpn nih..konon lagi mcm nak makan kat situ lar...Hani tau kalau duk kat kedai org mane leh xpesan ape2 tul x? sbb tu hani berdiri jer sambil melihat safwan n sabrina..she's trying to cover the act..kat opposite jalan..pastu bila hani pusing belakang..ouih!! elina...noja...knpe korang duduk??? ehm..udah..diorg bole lak tersengeh2 busok kat hani...tgk mkcik dah tanya nak order ape..elina..noja..ape korang buat nih? pretend je la..bkan mkn betul..haiyo..past, keter anne belok n smpai kat dpn kedai..hani pun msuk keter..anne tanya.."eh, diorg buat ape tu? cepat la msuk? xde masa ni.." hani kata diorg dah duduk..tepaksa order..min dah ketawa dah...nasib baik mrk berotak hanya order air jer..tu pun punyer la lama mkcik tu siapkan..bkannyer ader rmai org pun..ambik masa 15 minit..kmdn, bila semua dah naik keter kan..elina merungut.."harga air ni mahal lar, kalau air milo panas,seringgit..tapi milo ais RM1.70..so, ais dia harga 70 sen eh?"haha..mcm kelakar gler keadaan kantoi ktorg..

Isi minyak dulu...

Elina xabis2 main ngan ais dia..mcm budak2 kecik..serious..dia ambik ais tuh..bailing kat hani la..kat min..kat noja..anne our driver pun kena..tgk gmbr nih..ish, nakalnyer anak betuah ni..letak ais kat tmpat duduk min waktu dia kat luar tu..bila min msuk..hahahahha..."argh..sejuk..~" jerit min..hani, noja n elina ketawa2..xbaik ketawa tau..tapi nak wat camne..kelakar la..
*eeii, muka jahat tul bdak ni..*

ape ni?? haha..kalau korang nak tau..ni la rupa noja mengeliat waktu elina letak ais dalam baju dia..(sambil gelak2 hani menulis ni bila teringat part ni..)
adoi..elina2..ketawa dia mcm ketawa org puas ati..mcm ketawa bdak2 comey yg nakal..first time dengar dia ketawa mcm tu..memang cute la( elina yg baca nih..jgn kembang hidung..) tapi, tgk min n anne mcm xheran dah ngan perangai bdak ni..relax jer..padahal, noja dah mengerang.."sejuk..sejuk..sejuk la ina..~" haha..mesti diorg dah lali..pastu, min kata mcm mak la kan.."Ina, dah la tu..jgn kacau noja..ina..ina.." hani tgk dari tepi je..(of course sambil ketawa lar,bkan xnak tolong..tapi,xtau mcmana..) anne pun dah msuk campur..mungkin kesian dengar rayuan noja xhenti2..
elina plak ketawa lagi..amboi, seronoknya dia tgk org mengerang..suke betul..ketawa xhenti2..pastu, dia try nak msuk kan ais lagi kat dlm baju noja..ish..memang nakal nih..
hehe..pastu bila dia bagi ktorg ais kan..(xtau nak wat pe.nak mkn xleh..dia pegang guna tgn kiri dia dah..) so, noja n hani berpandangan..eye contact di establish kan..sambil wat muka jahat..hihi...Serang Elina!!!!! noja cuba guna seluruh kekuatan msuk kan ais tu dalam bju elina..kuat betul elina..hani dtg membantu..betahan noja....hani geletak dia kuat2..haha..akhirnya ais berjaya msuk..yes! mission accomplish..tapi, dia bleh plak kata "ahhh..sedapnya.." cis~

beli kek coklat...

kmdn..begerak ke Tnjung Dawai...tapi, nape lama gler nih..Lapar nyer perut hani..dah berbunyi mcm periuk kukus..sambil2 tu min pun make sure plan bejalan lancar..ktorg pikir la dlm keter mcmana nak suprise kan diorg..hasil dari perahan kpala otak noja..ktorg setuju dgn plan dia..Min pun suruh la sabrina bwak safwan ke pantai..cewah..nnti ktorg nak ambush dar blkg..




ahh..end of part 1..nanti kan korang tgk mcmana kami suprise diorg in part2..suprise kah diorg? mcm xjer..oo..safwan tahu ea..xpe..nnti kita tgk betul ke x diorg suprise..hehe..
p/s: penat do wat benda alah ni..bangkit kul 3 pagi2 semata2 nak tulis journey nih..skrg dah kul 5.13..ish..xsempat nih..tepaksa wat sekual ke-2..ala..atas tajuk ni jer pun..xlama..malam esk hani wat..
A moment
Sunday, July 5, 2009
Happy Birthday Safwan n Sabrina!!

A team consist of min,anne,elina,ezza,tini,yan,hafiz,noja,iz and me had made a surprise party for safwan at Tanjung Dawai with the help of his gf this evening..I've just come back from there n I'm dead tired n sleepy..Once I regain my energy I'm gonna post a story about this with tons of pictures..Really great n fun..Wait for it k..
Friday, July 3, 2009
Kedai Melayu xde kualiti?
Hani bukak tajuk ni bagi korang nilai sendiri..betulkah kedai melayu xde kualiti? Sbb tu xmaju2..duk teperap jer kat kg2, pekan2..tapi xbanyak di KL..Selangor..negeri2 yg paling pesat utk berniaga...
Knpe agak2nya??
Hani rase sedih tgk keadaan melayu kt..kalau korang prihatin tentang hal ini..hani nk dgr jgk pandangan korang..If u have the chance to visit KLCC..u can see lots of chinese store n shops..maybe every store is owned by them..hard to find a shop owned by malay..I've heard that there are malay shops there once but they cant afford to pay the high rent and so they tutup...then, aper lagi..cina la yg ambik.. everytime kalau hani jalan2 dgn ayah kan..ayah akan tanya..
"aper yg kck nmpak kat luar? "
"erk..bangunan..kedai baju..pokok besar..jalan kotor..?" mcm2 jawapan mengarut Hani bagi..semuanya end up with no..penat dah nk jwab..
"Abis tu, aper dia jwpannyer, abah?" rase frust..xpuas ati..
"Tu la kamu xperhati betul2 (adey, xsuker ayat ni)..tgk kat luar tu kedai2 tu milik sape? Milik melayu atau cina? tgk lagi, semua kedai di sini dimiliki oleh org cina..mane melayu? kalau kamu xberusaha kamu pun akan jadi begini..xdapat nak lawan org cina..mereka tu semangat bersatu kuat..mereka tolong sesama sendiri kalau susah..kalau kamu bukak kedai disini..kamu tentu xkan dapat survive.." jawab ayahku
"owh, kenapa kck xleh survive lak?"
"sebab mereka bkan mcm org melayu kalau dengki terus cari jalan nak lingkupkan orang tu..xbukan..mereka guna cara adil dan bijak..caranya mereka xkan tolong kita..kalau kedai sebelah mereka kata la ada problems, kalau tu kedai cina..sesama mereka..mereka tolong..tapi, bila kt susah..mereka diam shje..lama2 kamu akan rugi..sbb org kita pun beli kat kedai cina..mereka lebih tertarik dengan kedai cina..siap cina tu kalau xde barang2 yg kt cari..dia suruh pegi kedai milik cina lain..bkan pegi pada kt..sekarang kamu nmpak x?"
Adus...terasa gler nih..ni la ayah hani..dia selalu teringatkan nasib org melayu..very concern indeed..kalau ade je aper2 yg menimpa pada og melayu..dia akan bgtau ktorg adik-beradik waktu makan malam..ayah kata susah bagi org melayu nak hidup di KL..terutama yg masih beriman..byk sangat dugaan..ramai yg akan cuba menjatuhkan kt..xpuas hati..wpun kt xbuat ape2 pun pada org tu..ayah hani selalu disogok dgn rasuah..lumayan2 tau..bkan ribu..tetapi beribu2..bole tebeliak mata..kalau xde iman..habis la..
Hani pun dah jadi mcm ayah..sbb dah dilatih bertahun2 utk melihat keadaan org melayu..hani jadi alert..kalau boleh hani nak tolong org kt..sebab tu hani xmau lokek berkongsi ilmu dgn rakan2..tapi, malangnya niat hani disalah ertikan..mereka ckp hani berlagak..menunjuk2..mereka pelik knpe hani beria2 nak tlg mereka..smpai mereka xyakin pada hani..sampai pada satu tahap..mereka nasihatkan hani supaya jgn baik sgt..huh? nasihat ker tu? pelik sungguh manusia nih..sepatutnya mereka gembira sbb ada org nak tlg mereka berjaya dapat pointer 3 n above..hani xkata hani ni bgus la sgt..pandai la sgt..tapi kalau hani tahu sesuatu, hani kongsi semua dgn kwan2,skit pun xsimpan..
Hani berpegang kepada prinsip...ilmu itu mesti dikongsi..diajar..jgn disimpan..Tuhan xsuka org yg kedekut ilmu..malah memberkati org yg suka mengajar org2 lain..sehingga mereka berjaya..atau mungkin lebih berjaya dari kt..hani tumpang gembira..
Hmm..ramai yg pandang serong kat kedai melayu..hani turut terasa..kerana hani pun org melayu..tu bangsa hani..yg lebih sadis ialah org melayu kt pun pandang serong pada bangsa sendiri..xsedar mnegatakan pada diri sendri..awk tu bkan cina,india org putih..melayu ok..paham..knpe awk kutuk diri sendiri? hobi awk mengutuk ek? kadang2 nak jer hani ckp mcmni..knpe pandang semacam kat pemuda melayu yg nk kejer ladang? nak jual belacan? hani kagum kat diorg..mereka special sbb pilih kejer yg susah n memenatkan tapi sbb ada azam..mrk nak cuba..silap haribulan...nak jer hani kwin ngan salah sorang..imagine this..
"eh, Hanisa..ko dah kwin ker skrg..wah! besarnya perut..dah brapa bulan nih? tanya si pulan..
"wslm si pulan..lek lu..bagi la salam..hehe,syukur dah masuk 8 bulan dah ni.." jwb ku..
"oh sori2 lupa lak aku..ko kawin ngan saper? ngan si .....(nama dirahsiakan) ker?"
"eh bkan la..ngan org lain..hehe..malu I...ni anak ker 7 tau.."
"wah..dasat lar..eh, suami ko kejer aper ek?"
"suami hani keje biasa2 je..jual belacan..nak beli x?" ambik peluang..
"erk..xpe2...belacan?..(sambil wat muka geli)..owh, yeker..kesian ko..knpe kawin ngan bdak belacan? yg hensem xde ker, yg kaya ker..belacan gak ko pilih.."
"amboi2 ayat xleh blah!!!! meh sini kau..(eh,xpatut..tukar2) Eh, awk nih..xbaik ckap mcmtu..suami sy tu bijak,romantik,penyayang...jual belacan tu kan halal..ape salahnya..yg penting hati dia baik dan alim.."
"ape2 je lah.." (dlm hati si pulan sure tgh kutuk..)
pastu, suami pun smpai dgn keter mercedez benz..driver tu bwak..husband hani duk blkg..
"eh, maaf la..suami dah smpai..hani pegi dulu ye..salam.."
Sure, mata dia tejelepok kat situ..malu xterkata..tu la pandang rendah lagi..
sekian dulu..akhir kata..suppot la brand melayu..**,
p/s: ntah knpe xleh tukar font..tetiba je besar bila kuar..biar je la..sori korang..