Monday, July 13, 2009

La Tahzan My Frens

Entry kali ni amat menyedihkan hatiku..
pabila melihat kwan2 ku gagal menyambung law..
hati ku rasa pedih meddengar kwan2 ku menangis xhenti2 sampai air mata kering xkeluar lagi..
melihat reaksi kecewa di muka mereka..
namun, mereka cuba mencari kekuatan utk menelan kenyataan yg pahit ini..
aku sedar usaha mereka...
aku sebagai kwan...
turut sedih sama krn kt tiada jodoh lagi bersua muka..
Mungkin tidak dapat lagi mendgr ketawa manis dan ceria mu..
mendengar bebelan dan merepek mu..
hidupku xakan sama lagi..
tidak tahu nak ckp apa supaya hati mu berseri kembali..bersemangat menyala...
Hanya diri mu sahaja yg dapat memujuk krn kamu kenal dirimu lebih dari org lain..
LA TAHZAN..jgn besedih kwan ku..
kerana esok tetap ada..
rezeki sudah tuhan tentukan..
ambik la peluang ini utk muhasabah diri..
dengan cara ini kt akan jadi kuat..
kerana tuhan suka hambanya yg kuat..xlemah..tidak berputus asa..
mungkin ada persoalan2 yg x terjawab..maka aku sertakan risalah ini buat pedoman..

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-
Surah Yusuf ayat 12


Insya Allah..kt usaha lagi ok..jgn kerana muet..kt berhenti berusaha..Chayok3!!! Fighting!!!


3 comments: